Friday 4 January 2013



Buat Awak.....

Bila saya jatuh cinta, tak semestinya saya nak awak punya segalanya tetapi awak adalah segala-galanya di hati saya.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya mengalirkan air mata, tu tak bermakna saya lemah, tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai dan menyayangi awak.

Kalaulah awak tahu....
Kenapa saya suka cakap banyak, saya tak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya nak awak kenal saya dengan lebih dekat dan sape saye yang sebenarnya.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cakap nak awak berubah, itu tak bermakna saya tak boleh terime awak seada apanya awak, tetapi saya nak awak jadi yang terbaik di mata saya, bukan untuk saya tapi untuk mase depan kita.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cemburu tak bermakna saya tak sayang awak...tetapi saya terlalu sayangkan awak.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya merajuk, saya bukan seorang yang mengada-ngada. Saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukuplah dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya jarang cakap yang saya sayangkan awak, tak bermaksud saya tak menyintai awak tapi saya nak awak sendiri yang tahu cinta saya pada awak.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cakap saya rindu awak, saya betul-betul rindukan awak sehinggakan saya boleh menangis bila saya terlalu rindukan awak.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya degil, saya tak bermaksud nak jadi degil tapi saya nak tengok sejauh mana awak mampu untuk bersabar dengan perangai saya. Percayalah awak, hati perempuan itu sangat lembut. Kalau kena dengan caranya, jangan terkejut kalau akhirnya saya menukar fikiran saya dalam masa sesaat.

Kalaulah awak tahu...
Bila saya cakap, “tolong tinggalkan saya!”, saya tak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. Saya cume nak kan ketenangan hanya untuk seketika sahaja. Dan InsyaALLAH bile saya dah kembali tenang, percayalah saya sendiri akan cari awak balik. Sesungguhnya, ketahuilah perempuan ni sukar untuk mengawal perasaan, terlalu emosional.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cakap, “carilah orang yang lebih baik dari saya”, tak bermaksud saya tak sayangkan awak, tapi saya nak awak dapat yang terbaik dalam hidup awak.

Kalaulah awak tahu....
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Awak....
Hargailah kehadiran saya dalam hidup awak sebab saya didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi saya juga ada kekuatan untuk menyokong awak dan membuatkan hidup awak lebih sempurna. 

InsyaALLAH....

Aminnnn....